Selamat Datang Kehidupan Yang Lebih POSITIF
Lama tak berstory mory kan?.. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan kepada saya tuk berkongsi perjalanan dan kisah mengarut (kot) saya ngan korang semua..
First of all, terima kasih kepada majikan kerana memberikan saya komputer baru setelah sekian lama saya berjuang . memohon dan merayu.. hahahaha tq sangat-sangat.. Syukur kepada Allah kerana memberi dugaan hebat kepada saya yang kini saya sedar, hikmah disebalik dugaan itu juga sangat besar. Alhamdulillah, Allah tidak menurunkan ujian melebihi kemampuan hambanya.
Nak cerita pasal dugaan.. tak payah lah. kerana hari ini saya telah melangkah kehadapan tanpa mahu melihat apa yang telah saya lalui sebelum ni. Bukan lupa diri tapi saya telah MEMBUAT KEPUTUSAN untuk TIDAK MAHU menjadi seorang yang LEMAH.
Dan kepada sesiapa yang selama ini menjadi pembaca blog Story Si Chantek ( tq..tq.. :]) tentu pelikkan, apsal pulak minak gedik ni macam sopan plak tetiba. heheehhe.... Mana ada?..mana ada?.. lalalalala
Bukankah melakukan perkara yang baik itu sangat dituntut dalam islam. Saya tidak MALU untuk melakukan perubahan yang LEBIH BAIK. Ingat ye semua, jangan malu.. Ini tidak, bangga post dalam FB, "bersama yang tersayang" sambil peluk aweks kat sebelah.. alaa bucuk..bucuk.... bangga kan?.. Tapi sebenarnya? sepatutnya?.. Opssss... baik punya saunnn ek!
Ok.. back to the topik. Last week, setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sehinggakan merasakan diri ini semakin tewas. Tapi, Allah utuskan bantuan. Tidak secara direct tapi melalui seorang insan. Tak nak citer lagi tentang insan tersebut. Nak citer tentang pendekatan yang dia bawa dan telah mengubah hampir 50% kehidupan saya.
Dia share segala motivasi dan pandangan. Usianya masih muda, tapi semangat sangat luar biasa. Saya dan suami jenis yang sangat anti nak ikuti atau nak beli benda2 yang online, direct selling or yang seumpama dengannya.Tetapi, dia paksa kami untk mengikuti program ini. Paksa tau.. Siap belanja tiket lagi. Kami ni yang segan dan dalam dilema, pergi membawa diri. Mengikut dia ke Kuala Lumpur. Sampai sehari awal. Lepak2 kat umah dia. Paksa adik dia yang berkawan dengan zizan ( hahahaha) supaya ajak zizan keluar.. ( pleassssseeee) walau pun x dapat tapi dengar suara dalam phone pun dah memadai..( woww) beria kan?.. apa ni?? melencong jauh wehh!
Sabtu, 6 April, 2013
Bersedia ke program yang dijanjikan. Neves gak la.. tapi kuatkan hati pergi bukan untuk apa-apa tapi kerana nak beri peluang kepada diri sendiri. Keluar mencuba sesuatu yang baru. Maka sampailah saya dan suami ke FAST TRACK yang pertama bagi kami. Sesat sana sini, tapi alhamdulillah sampai jugak.
Penilaian pertama... apa ni? apahal diaorang ni happy-happy sangat ni?.. Apahal dok menari-menari ni?.. Apa ni?.. apa ni?.. nak balik kang, tumpang orang.. so, terpaksa la stay dan dengar.. Kisah yang pertama, ermm menarik! .. yang kedua, ermmm luar biasa !.. yang ketiga..ermmm hebatnya!.. dan yang seterusnya... wowwwww... sangat berbaloi..!.. saya mendengar dan terus mendengar..dengar.. dan saya bagaikan tersedar dari tidur.. tidur yang sangat lena.. Ya, Allah, apa yang telah saya lakukan pada diri saya sendiri?.. Apa yang telah saya buat dengan hidup saya?.. Ya Allah.. menitik air mata saya. Sebak dada saya. Ketika itu, saya terfikir, saya MESTI BUAT KEPUTUSAN TERBAIK UNTUK DIRI SAYA. Saya mahu beri peluang kepada diri saya untuk keluar dari ZON SELESA yang selama ini sangat pandai mengambil hati saya. Saya nekad. Saya mahu ubah diri saya. Saya mahu menjadi ORANG YANG BERJAYA. In shaa allah.
Tapi, apakah program fast track yang saya sertai ?.. saya kongsi pada entry yang akan datang.
Tunggu tau!!!
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..