Menu Rasulullah. Jom ikut sunnah Nabi.
Rasulullah tidak pernah mengada-ngada nak makan itu dan ini. Baginda biasanya akan makan apa-apa sahaja yang sudah tersedia. Bukan itu sahaja, bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit.
Apakah menu yang pernag disantap oleh Rasulullah s.a.w.? Disenaraikan disini sebahagian menu yang pernah dimakan oleh Rasulullah s.a.w.
- Kurma dan Air Kosong
- Tharid iaitu Roti dicampur Daging Berkuah
- Roti yang dimakan dengan Cuka
- Roti dengan Minyak Zaitun
- Roti dengan Keju
- Bubur yang dibuat dari Susu dan Gandum
- Roti dengan Kurma
- Kurma dengan Mentega
- 7 biji Kurma yang direndam didalam Susu ( biasanya dimakan pada waktu pagi)
- Kurma dan Tembikai
- Timun dan Kurma
Lihatlah, betapa sederhana dan sihatnya hidangan Rasulullah s.a.w. Namun dengan kuantiti yang sedikit pada pandangan kita itulah, Baginda mampu mengubah hati manusia kembali bertuhankan Allah, malah Baginda mampu menjana tenaga yang diperoleh melalui makanan itu untuk tujuan ketaatan. Kita bagaimana?
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..