Giler RUNNING MAN
Asalamualaikum..
Hai, semua pembaca.. Entah kenapa boleh terlupa kepada satu-satu rancangan korea ni yang telah berjaya menambat hati aku. ok..ok, jom kita story skit tentang RUNNING MAN.. cayookk!
Aku terpaut dengan RUNNING MAN sejak tengok dengan cik abang. Dia donlod dari siri satu hingga lah yang terkini. Mula-mula tengok memang tak berapa faham. tapi bila dah layan, lama-lama dok ketagih..
Running man ni kelakar sangat. Merupakan satu rancangan realiti Korea yang sangat popular.Ahli running man (RM) ni terdiri dari artis -artis di sana. Mereka akan diberikan tugasan secara berkumpulan dan berakhir dengan tugasan individu. Hadiahnya pulak sangat lumayan. Kadang-kadang emas, kadang-kadang duit.. Tak kesah lah apa yang diaorang dapat. Tapi gelagat mereka sangat mencuit hati. Boleh sakit perut gelak tau.
Deabak.. RUNNING MAN
Kat Korea dah banyak variety tv shows yang menggunakan selebriti mereka (cuba bukak channel korea kat astro tu, ye...ada...dalam HD lagi). Dalam running man ada 7 orang selebriti yang menjadi ahli tetap rancangan. Dalam show ni mereka akan diberikan mission yang berubah-ubah setiap episod. Secara berkumpulan atau individual. Kalau nak bayangkan, cuba bayangkan 'hide and seek' + 'polis sentri' + 'Amazing Race' + 'lawak spontan' + 'varitey games'
7 Ahli Tetap Running Man |
Setiap episod akan dijalankan di lokasi berbeza. Lokasi yang dipilih adalah tempat-tempat landmark di Korea. Di samping bagi orang gelak, boleh promote negara sendiri. Pandai. Dan lokasi yang dipilih akan menjadi tema untuk episod itu. Contoh: kalau buat dekat Stadium World Cup 2002 - mesti la episod itu tema bola sepak.
Contoh missions yang perlu dibuat
Selain dari 7 orang ahli tetap ni, tiap-tiap episod akan ada selebriti undangan, satu konsep yang normal untuk variety show. Aku paling suka kalau SNSD jadi atau mana-mana la awek Korea yang lain jadi guest. For obvious reasons sebab dalam 7 orang ahli tetap tu sorang je perempuan. More eye candy would be better.
Yang menarik bagi aku, adalah karekter yang dibina oleh ahli-ahli Running Man dan mereka sememangnya mempunyai chemistry bersama. Setiap episod adalah kelakar. Dan rancangan ni boleh buat satu keluarga aku duduk depan TV tengok, satu-satunya TV show selain How I Met Your Mother.
Story tentang running man diatas di pinjam dari Blog Kencang
Semoga anda terus menonton RUNNING MAN. Memang membantu menghilangkan penat dan stress selepas penat bekerja.
Deabak!
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..