Telur Tiruan Vs Telur Asli
Semua info ini chantek dapatkan dari Blog Pakar HowTo yang chantek jumpa beberapa hari yang lalu. Chantek nak berkongsi dengan pembaca semua. Sebagai panduan kepada kita semua. Jangan pulak kita terbeli Telur Palsu ini. Walaupun chantek tak pasti telur ini betul-betul ada atau tak. Jom kita tengok..
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, telur tiruan mengandungi bahan yang merbahayakan kesihatan. Lebih membimbangkan telur ini mengandungi geletin yang HARAM dimakan oleh orang Islam. |
Apakah ciri-ciri telur tiruan ini ?..
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cengkerang telur tiruan agak berkilat berbanding dengan telur asli tetapi tidak begitu ketara
3. Apabila disentuh dengan tangan, a terasa agak kasar berbanding telur asli.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur asli agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. telur sebenar berbunyi agak rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putihkan telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana telur tiruan ini di buat, sila ke Blog Pakar HowTo.
Semoga kita semua mendapat manfaat.
P/s: Chantek tak pasti telur tiruan ini betul-betul wujud atau tidak. Menurut pengkaji, telur tersebut tidak ada dan kalau ada pun menggunakan kos yang tinggi untuk membuatnya. Terpulanglah kepada pendapat masing2. Yang penting kita berhati-hati.
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..