Kisah Rumah Tangga Yang Paling Tragis (mesti baca)

Pertama sekali chantek ingin memberi kredit kepada pemilik blog PakarHowto yang telah menyiarkan kisah ini sebagai panduan dan pengajaran kepada semua. Jadi Izinkan chantek memanjangkan amal jariah ini yer. Kepada pembaca semua, ingatlah, Allah menguji kita sebagai tanda kasih sayangNya kepada umat ciptaanNya. Jadi kita sebagai hamba yang kecil ini haruslah sentiasa bersabar dan redha dengan apa yang telah ditentukan olehNya.. Semoga kita semua mendapat manfaat diatas pengalaman ini.

LUAHAN HATI SEORANG ISTERI

Pakar,malu untuk diceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan saya, tapi saya sudah terlalu buntu untuk memikirkan yang terbaik untuk masalah peribadi saya dan berharap pakar mungkin sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam membuat apa yang terbaik dalam hidup saya ini. Saya harap pakar dapat beri pengajaran dan pendapat dan sekiranya pakar sudi, siarkanlah kisah ini untuk saya terima pendapat-pendapat lain dengan terbuka. Saya mulakan kisah peribadi saya ini.

Saya seorang isteri yang sedang mengandung 6 bulan. saya berkahwin dengan seorang lelaki yang awalnya saya kenali sebagai seorang yang penyanyang dan terlalu mengambil berat pada saya. Saya adalah isteri kedua kepada lelaki tersebut dan perkahwinan kami mendapat restu isteri pertama mungkin kerana lelaki ini selalu berjauhan dengan isterinya atas sebab kerja. Saya bernikah dengan suami saya di sempadan Thailand kerana saya kerap bertemu dengan dia, dan untuk pengetahuan pakar, saya adalah seorang perempuan yang terlalu menjaga kehormatan dan ingin mengelakkan kami dari maksiat dan alhamdulillah saya dapat menjaga kehormatan saya sehinggalah saya bergelar seorang isteri yang sah.

Pernikahan ini saya rahsiakan dari pengetahuan emak dan ayah saya kerana perhubungan kami ditentang kerana dia suami seseorang. Tetapi , pada suatu hari kami berterus terang dan Alhamdulillah juga, emak dan ayah saya merestui hubungan kami dan saya dinikahkan semula oleh ayah saya dan kami diraikan dalam satu majlis yang besar-besaran. Perkahwinan kami juga turut direstui oleh kedua-dua mertua saya.

Bagi mertua saya, poligami tidak menjadi satu yang agak teruk seperti yang selalu orang-orang melayu kita beranggapan kerana bapa mertua saya juga mempunyai 2 orang isteri. Perkahwinan saya juga dihadiri oleh kedua-dua ibu kepada suami saya. Saya bahagia dengan suami saya.

Suami saya berterus terang yang beliau mempunyai terlalu banyak hutang bank dan tidak mempunyai duit simpanan. Suami saya mempunyai pendapatan yang besar, tetapi saya perhatikan pakaian suami saya seperti orang yang tidak mampu membeli pakaian yang elok. Saya modalkan untuk membeli banyak pakaian baru dan berjenama buat dia. Saya tidak kisah itu semua, tetapi kerana peribadi suami saya, saya terima dia seadanya dan bagi saya duit bukan ukuran. Untuk pengetahuan pakar, kos pernihakan kami di Thailand sehinggalah ke majlis di sini semua dengan menggunakan duit saya waimah duit mas kawin. Semuanya kerana cinta saya pada suami. Bukan niat untuk mengungkit, tetapi kisah ini saya kongsi bersama sejujur-jujurnya.



Pakar, saya seorang yang berharta dan berduit sebelum bernikah dengan suami saya. Saya bertemu jodoh saya seawal usia 30 an. Sejal bergelar isteri, saya makin dekatkan diri dengan Allah. saya tidak pernah tahajjud, tetapi sejak menjadi isteri, saya lakukan dan sedikit2 amalan sunat yang lain. Sepanjang menjadi isteri saya dilarang bertemu dengan orang luar kecuali keluarga saya, saya tidak dibawa berjalan seperti suami membawa isteri pertamanya berjalan. setiap perbelanjaan rumahtangga saya dan isteri pertama saya tanggung. Tetapu bagi saya duit bukan ukuran untuk kebahagiaan.

Saya mempunya sebuah syarikat sendiri, tetapi dugaan melanda. Selepas bernikah saya ditipu rakan kongsi saya. Hingga saya terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat lain yang sykt kami berhutang. sampai satu tahap saya hilang segala-gala kemewahan, kereta mewah dan duit simpanan saya semakin menyusut. Suami mempunyai masalah dengan pekerjaan beliau dan suami saya sebenarnya tidak berminat dengan jawatan tinggi dan pekerjaan yang dimilikinya. Sebulan selepas kami bernikah dengan kelayakan kewangan saya, saya berani izinkan suami berhenti kerja dan pada fikiran saya masa itu saya mampu menanggung beliau dan keluarga pertamanya termasuklah ibu mertua saya.

 Malangnya saya semakin susah. kami hidup bersama di rumah sewa kami. Kesusahan saya sehingga saya tidak mampu membayar kereta saya hingga ditarik dan dilelong. kawan-kawan lari meninggalkan saya hingga tiada seorang pun yang mahu berkawan dengan saya dan saya cuma ada suami saya untuk saya luahkan rasa suka dan duka saya. Begitu juga kawan-kawan suami saya, semua lari meninggalkan dia. Semua berlaku dengan sekelip mata selepas saya bernikah dengan suami saya.

Dalam keadaan begini, suami masih tidak bekerja dan saya menggunakan sisa-sisa simpanan saya untuk makan kami berdua. Paling menyedihkan, saya tertunggak bayaran bulanan sewa rumah kami. Puas saya berusaha untuk mendapatkan rezeki, tetapi rezeki masih tidak menyebelahi saya.

Saya mengandung buat kali pertama. Seperti biasa suami saya akan berluang-alik ke rumah  isteri pertama dan ke rumah saya dengan semua itu tanggungan saya. Kerana tekanan yang saya alami, saya mengalami keguguran. Tetapi selang sebulan saya mengandung lagi buat kali kedua dan saya gugur lagi pun kerana tekanan hidup. Dan selang 3 bulan selepas itu, saya mengandung lagi kali ke tiga dan gugur juga. Saya terlalu inginkan zuriat untuk mengeratkan lagi ikatan perkahwinan kami. Saya pun mahukan dia rindukan saya bila dia di sana kerana saya ada anak seperti dia rindukan isteri dan anak-anak bila dia disisi saya. suami saya jenis yang sayangkan anak.

Setahun perkahwinan, saya dihalau dari rumah sewa, dan saya berpindah dari rumah sewa kami seperti perompak melarikan barang-barang dalam rumah orang. Saya tumpang barang-barang rumah saya di rumah emak ayah saya, baru beberapa hari di rumah mak, rumah mak saya dirompak dan banyak barang yang hilang adalah barang-barang rumah saya. Saya masih bersabar lagi dengan keadaan itu.Tetapi suami saya sudah menunjukkan kelainan dengan diri saya. Suami saya sudah pandai memaki hamun saya, menengking saya dan hampir setiapminggu mengungkit kesusahan yang terjadi sehingga saya digelar pembawa sial dan pembawa masalah dalam hidup dia. Suami saya menunding jari kerana dia tidak bekerja selama dia bersama saya. Dan paling menyedihkan dia mengungut untuk menceraikan saya.

Saya masih bersabar. kami menunpang di rumah emak ayah saya. suami saya mengalami kemurungan yang teruk dan saya juga tertekan dengan keadaan kami tetapi tidak pernah saya zahirkan kepada suami saya selama kami bernikah supaya dia tidak bertambah murung dan dengan sikap saya ini jugalah membawa kepada 3 kali keguguran dalam setahun pernikahan.

Masuk usia setahun 2 bulan kami bernikah, saya diduga lagi. Polis datang ke rumah orang tua saya untuk menyiasa tentang kes penipuan. Saya dengan tanpa rasa curiga hadirkan diri ke balai polis untuk memberi kerjawama dan malangnya nasib saya, saya ditahan reman untuk siasatan kes ini. Sebenarnya tiada sebarang penipuan pun dalam kes ini, tetapi saya disalahkan kerana menyebabkan kerugian kepada sebuah syarikat yang dulu pernah melabur dalam syarikat saya tetapi fakta diputar belitkan sehingga saya dipukul oleh pegawai polis untuk mengaku setiap pertuduhan tersebut.

Suami saya tinggal keseorangan, untuk pulang ke rumah isteri pertama tidak mungkin, kerana suami saya dipulaukan mertua disana kerana suami saya tertunggak nafkah kepada isteri pertamanya. Dan suami saya pulang ke rumah ibunya yang tidak berjauhan dari rumah oarang tua saya. Semasa didalam tahanan, saya terlalu sedih mengenangkan nasib saya hingga difitnah kerana wang ringgit dan untuk pengetahuan pakar, individu yang bertanggungjawab mendakwa saya adalah rakan karib saya sebelum saya bernikah dulu.


Saya semakin tertekan mengenangkan suami saya. bahagimana keadaan dia, macam mana makan minun dia, hanya untuk dikongsi dengan pakar, selama saya menjadi isterinya, bila suami saya celikkan mata, saya akan pastikan saya berada dihadapan dia dan akan berikan sebuah senyuman buat dia. Turun je dari katil, tuala dan sepasang persalinan suami sudah saya sediakan. Selepas dia mandi saya akan siapkan sarapan untuk suami dan setiap suami saya berada di mana ruang dirumah kami atau dirumah mertua sekalipun saya akan siapkan minuman walau hanya air kosong untuk suami saya. Saya akan cuci pakaian suami dengan menggunakan tangan saya sendiri walaupun saya mempunyai mesin basuh. Paikaikan stokin suami bila dia hendak keluar. Ibu mertua tidak pernah memuji menantunya tentang layanan suami tetapi pujian itu diberikan kepada sayaa. saya tahu dari adik ipar saya. yang saya tahu, saya akan melayan suami saya seperti emak saya melayan ayah saya.

Saya dijatuhkan hukuman terus dan saya perlu diikat jamin dengan jumlah yang besar. manalah emak dan ayah mahu mencari wang untuk menjamin saya. Mujurlah suami buat kali pertama dapat meminjam wang  dari adik ipar untuk menjamin saya. Selepas bebas dati tahanan, saya menetap di rumah mertua saya. Kerana bukan setakan aduan polis, tetapi bekas rakan karib saya mengupah orang untuk mendapatkan saya untuk diugut dan diancam. saya mendiamkan diri dirumah mertua saya.

Hari pertama saya bebas, suami meluahkan rasa tertekan dan dia mahu kami berpisah kerana isteri pertama dia ingin menuntut perceraian. dan dia memilih untuk hidup bersama isteri pertama dia. Pakar, semasa dalam tahanan, saya tak sangka saya mengandung lagi, dan walaupun tertekan didalam tahanan, walau teruk dipukul polis, kandungan saya ini tetap bertahan. Saya maklumkan pada suami saya yang saya mengandung lagi. Tidak seperti dulu, dia suruh saya gugurkan kandungan ini. saya sangat sedih. dia mengungkit kerana perkahwinan ini dia susah, isteri tuntut cerai dan dia tidak dibenarkan untuk berjumpa anak-anak dia. saya cuba menghubungi isteri pertamanya, saya dicemuh. saya terkejut, madu saya juga turut berubah. Dan buat kali pertama suami memukul saya. Sepanjang saya dikasari suami waimah tengkingan, makian, cemuhan dan pukulam. saya tidak pernah melawan. Saya sanggup itu semua asalkan dia terima saya sebagai isteri. Saya tetap bertahan walau hati ini hancur, kerana saya ingin hidup dengan dia sampai mati. saya ingin jaga dia dan saya terlalu cintakan dia.

Dan paling menyedihkan, saya dihalau dari rumah mertua saya oleh suami saya walau ibu mertua saya bertindak membela saya. Saya dipukul, ibu mertua saya ditengking sehingga ibu mertua saya menitiskan air mata dan kerana air mata itulah saya mengungut untuk buat saya menangis seumur hidup. saya disalahkan kerana memusnahkan hidupnya.

Saya mempunyai sebuah rumah untuk dijual, rumah tersebut saya beli dengan tunai tanpa pinjaman bank semasa saya senang satu ketika dulu.Susah sungguh untuk saya jual rumah tersebut bagi membolehkan saya membayar hutang-hutang dan memulakan hidup baru dengan suami saya tetapi dia selalu mengungkit yang saya selalu menyusahkan dia dengan masalah-masalah saya jadi saya bertindak untuk menguruskan semua hal saya sendiri tanpa menyusahkan dia tetapi kerana proses ini lambat dan dokumen2 saya tinggalkan di rumah mak saya, dia menuduh saya menipu dia , dalam masa yang sama saya menjaga maruah dia dari tanggapan adik beradik saya yang dia mahukan harta saya sepanjang menikah dengan saya, saya tidak mahu adik beradik memandang serong kepada suami.

untuk pengetahuan pakar lagi 2 bulan perbicaraan ke atas saya dijalankan, sabit kesalahan saya akan dipenjarakan tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, tetapi saya akan berada di pihak yang benar, saya berani bersumpah yang saya difitnah dan saya yakin saya akan menang, tetapi saya masih tidak mampu untuk membayar kos melantik peguam. yang terbaru, ibu mertua saya maklumkan pada saya yang suami sudah keluar dari rumah mertua saya dan dia menghantar sms kepada saya yang dia akan tinggalkan saya hingga bila-bila dan pandai-pandailah saya untuk terus hidup.

Pakar, saya terlalu mencintai suami saya, siapa pun dia, apa saja yang dia lakukan pada saya, saya terima seadanya. Sedikit pun saya tidak benci kan dia walau dia caci maki, seranah, fitnah dan hina keluarga saya dan saya tidak berdendam dengan dia. Dan keluarga saya tidak pernah tahu sedikit pun tentang perlakuan dia terhadap saya.

Pakar, apa yang patut saya lakukan, saya yakin, dia hanya manusia biasa, satu hari nanti hatinya akan lembut dan dia akan berubah menjadi baik. Saya mahu dia pulang kepangkuan saya dan saya mahu hidup baru bersamanya. Tolonglah berikan pendapat kepada saya.

P/s : Chantek ambil masa hampir 2 minggu untuk berkongsi pengalaman ini. Bukan apa, masih merenung betapa sabarnya insan ini. Dan mungkinkah diri ini akan setabah itu?...





Comments

  1. naseb seseorang tu allah da tentukan...berdoalah agar naseb kita tidak sepertinya,,tetapi...sabarnya dia perlu dicontohi...

    ReplyDelete
  2. Allah menguji kita dengan cara yang berbeza diantara satu sama lain. Dengan ujian tersebut baru dapat dinilai tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang.

    Sama-samalah kita berdoa agar individu yang menceritakan kisahnya di atas mendapat kekuatan dan pertolongan dari Allah swt.

    ReplyDelete
  3. sungguh tabah insan mulia ni...moga Allah melinduingi die...insya-Allah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan