Tanda-tanda Lailatul Qadar
Assalamualaikum. semua pembaca yang disayangi. Sekejap je dah di pertengahan Ramadhan. Maka semua perlu menambah usaha dalam ibadat. Semoga kita semua dapat bertemu malam Lailatul qadar. Saya tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut tentang Lailatul Qadar. Tapi jom kita baca apa tanda-tanda Lailatul Qadar yang saya copy dari blog Detik Islam . '' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis). Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabidkan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu. Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih kera