Walaupun kisah ni dah suam-suam kuku, tapi setiap kali teringat dan tengok balik video ni, hati menggelegak. Betapa manusia kini semakin hilang pertimbangan.  Kemana perginya sifat seorang insan. Ini anak orang beb. agak-agak la. 

Syukur anak kecil yang tak mengerti apa-apa ini tidak cedera parah. Mungkin malaikat melindunginya. Tapi Manusia yang melakukannya itu x de hati perut ke?.. Kau ade anak kan?, Kau juga seorang ibu kan?, Kau manusia kan?.. maka dimana sifat keibuan kau?, dimana kau campakkan kewarasan kau?.. Kau mental ke apa? Eeeee... memang sakit hati lah.. nak kata kau mental, tak pulak. Apa niat kau? apa sebab kau buat budak kecik tu mcm tu? mak dia marah-marah kau ke? bapak dia tak bayar gaji kau ke?.. eh, kau baru sehari keje kan?.. So ape kejadahnya kau ni...

Nasib baik kau kene penjara je. Apa? kau ingat kau selamat? Nasib baik anak orang tu tak mati. kalau mati kau nak bayar dengan apa?.. kau ingat dengan masuk penjara, kau boleh ganti anak dia? .. memang hangin lah..

Berdoa lah semua, semoga mak, ayah, kakak, abang, adik, mak sedara, pak sedara, sepupu, dah semua ahli keluarga kita dilindungi dari manusia yang berhati binatang macam ni. Kepada sesiapa yang nak cari amah, jadikan ini sebagai pengajaran. Ingat, ini bukan kes yang pertama berlaku. Dah banyak sangat kes amah mendera ni. Dalam sepuluh kes amah mendera, adelah kita dengar satu kes amah didera. tapi itu yang kita tau. Yang kita tak tau?.. Tawakkal kepada Allah.

Memang bukan semua amah macam ni. Memang.. tapi berhati-hatilah. 

Maaf diatas kekasaran bahasa. saya menulis terus dari hati. Saya seorang manusia, seorang anak, seorang ibu, seorang kakak. Alhamdulillah saya masih berakal. Alhamdulillah..

Semoga Anak-Anak kita semua dilindungi Allah. amin

Wassalam.

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan