Posts

Showing posts from February, 2010

Cendol

Image
Entah mengapa sejak akhir-akhir ni aku suka sangat makan cendol. Boleh dikatakan hari-hari aku suruh hubby kesayangan aku belikan.Sedangkan sebelum ni cendol bukanlah minuman yang aku gemari. Memandangkan aku pun dah nak bersalin, jadi hubby aku ikutkan saja apa aje selera aku. Hubby aku kata, sementara tak bersalin lagi, nanti dah dalam pantang, tak boleh nak makan pulak. betul jugak. So, setiap hari, keluar je opis, mesti pegi beli cendol.. aduhaiii cendol, apasal lah kau asyik goda aku jer...

Pesanan Terakhir Rasulullah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak

Pengenalan

Image
Assalamualaikum Buat pertama kali saya mencuba membina blog sendiri. Agak susah tapi saya cuba jugak. Saya berharap agar blog ini akan menjadi medan untuk kita berkongsi ilmu, berkongsi masalah dan pengalaman hidup. Semoga Allah memberkati kita semua. Saya mengalu-ngalukan segala komen dan kritikan yang membangun.Saya juga tujukan blog ini untuk suami tersayang, Mohamad Firdaus dan anak teruna kesayangan saya Muhammad Farish Hezrie. Mama love both of u a lot.Sekian...

Walau Sedikit Biar Bahagia

Image
Allah menuntut kita menyebarkan perkara-perkara baik namun Dia juga yang mencipta cemuhan-cemuhan yang datang dari mulut manusia. Berusahalah mencari keredaannya, menerima pembahagian, meyakini ketentuan dan tidak bimbang masa nan mendatang. Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai, dari satu taman ke satu taman yang lain. Hidupnya sentiasa berpusing daripada yang baik kepada yang baik. Jadilah juga seperti lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula, mengeluarkan madu, tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Dengung menggambarkan suka dan rela. Ia bagaikan utusan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung. Firman Allah yang bermaksud : Katakanlah : "Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bersukacita. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa