Tips Menggalakkan Anak Rajin Belajar
SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar? Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran. Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka. Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh,