Posts

Jangan Lepaskan Malam Lailatulqadar

Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih llagi pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannnya. Ramadhan , al-quran dan malam al- Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw. Malam Lailatulqadar Disembunyikan Ulama Syekh Dr Yusof Al Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah saw bersabda: "Cari malam lailatulqadar di malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperole...

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

Image
Assalamualaikum... pejam celik pejam celik, hari ni dah hari 10 terakhir Ramadhan. Apa yang anda rasa?.. Saya sedih pulak, Manalah tau ini Ramadhan terakhir kita. Cukupkah amalan yang saya lakukan.Sempurna kah ibadah kita?.. Ruginya kalau segala ibadah yang dilakukan hanya sia-sia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah.  Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu,...

Fotografi Perkahwinan Yang Sangat Unik

Image
Ni antara yang paling menarik. Rasanya kat sini masih tak de orang buat kot.  Kot laaa, kalau dah ade, maknanya saya yang ketinggalan zaman.  Walau apa pun, Raya ni, bleh la cuba kelainan.  Gambar keluarga di hari raya lepas ni pasti berbeza. heheh

ANAK MUMAYYIZ MASIH TIDUR DENGAN IBU BAPA?.. APA HUKUMNYA?

Kebetulan membelek-belek sana sini, terjumpa soal jawab ini. Jom kita kongsi bersama! ANAK 8 TAHUN MASIH TIDUR BERSAMA IBU DAN BAPA Soalan : Assalamualaikum.. saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu saya tidak pasti kesahihannya. Jawapan :   Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana khuatiri berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam Al-Quran berfirman (bermaksud ) :-  "Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu ) pada tiga masa ; masa sebelum subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berl...

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan

Image
Tadarus Al-Quran bermaksud membaca Al-Quran dihadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan. Amalan Tadarus ialah satu daripada ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW pada bulan puasa.  Adab Bertadarus Tiada  cara seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al- Quran. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :- Membaca al-quran secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan yang kecil. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga. Sedikit ulasan tentang Tadarus yang saya copy dari  Blog Ilmu dan ulamak .  Semoga dapat menambah ilmu kita semua. PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN Soalan;  Ustaz, ada...

Waktu Berbuka Puasa bagi Tahun 2013

Image
Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri Pahang Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri-negeri Seluruh Malaysia

Niat Puasa Ramadhan

Image