Posts

Showing posts with the label sayang

Kasihnya Ibu!

Image
Chantek keboringan sangat hari ini. Bukan tak de kerja tetapi saja tak nak buat keje. Tengah belek-belek pakcik google ni, terjumpa la pic ni. So, ini peringatan kepada anak- anak muda semua yang sedang berkasih-kasihan. Sedangkan haiwan yang sayangkan anak. Inikan pula kita yang Allah kurniakan akal dan fikiran. Sila ambil pengajaran. Jom tengok apa ibu ni buat untuk anaknya. Anak yang dikendong terjatuh ketika sedang melintas jalan. Anak yang tidak mengertia apa-apa hanya menangis ketakutan. Si ibu yang tersedar segera menyelamatkan anak kecilnya itu. Tiba-tiba datang seekor anjing cuba untuk menghampiri anak kecil itu. Namun si ibu tanpa mempedulikan keselamatan diri terus menerkan kearah anjing tersebut. Melawan sehabis daya demi untuk anak kecil kesayangannya. Dan akhirnya, anjing tersebut terpaksa mengalah dengan kuasa kasihnya ibu.  p/s : Binatang pun tahu sayangkan anak. Kalau korang tak nak anak korang tu, jangan dibuang2. Meh bagi kat chantek ni.

Kalau Ikutkan hati ini

Kalau ikutkan hati ini Setiap saat aku hanya ingin berdiri Memayungi hati-hati semua insan yang amat bererti Yang sentiasa menjaga dan menyanyangi jasad rohani Yang sering membuat bibir ini menyanyi  Biar sepi tidak terlafaz  Biar sunyi sering mengetuk jendela hati Kalau ikutkan hati yang terlali Mahu ku cipta keriangan di wajah-wajah yang lesu Mahu ku lakarkan pelangi indah buat mereka tersenyum Mahu ku bentangkan hamparan cinta agar mereka bahagia Tetapi jika aku minta kau beri Aku mimpi kau yang tunaikan Aku janji kau yang laksanakan Apalah akan terjadi jika aku ini Jika jasad sering lemah diadili Jika roh telah kembali kepada yang hakiki Menangis kau hanya disisi Maratap kau tiada sesali Ilmu ku beri hajat kau laksanakan Mendidik hidup penuh cabaran Sikecil akan tetap membesar Si teruna akan tetap mencari si dara Kalau ikutkan hati ini Tiada kiamat yang mahu ku pergi Namun janji manusia harus ditetapi Tiada kuasa mampu menghalangi Kalau ku ikutkan hati ini Ku pejamkan mata...