Posts

Katak oh Katak...

Image
Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?..  Macamana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku, ular nak makan aku... Itu antara bait-bait akhir dari lagu Bangau oh Bangau..  Tapi itu dulu-dulu punya citer. Sekarang dah lain.. Katak dah tak panggil hujan kalau nampak ular  sebab.... aku nak makan ular! ular memang makanan aku! Katak hijau dan makanannya! kata chantek : eeeee gelinya  :p

Mencipta B.A.H.A.G.I.A

Image
Kebahagiaan bukan terletak kepada apa yang jita sudah capai. Ia juga tiada titik noktah tetapi sebaliknya ia adalah satu proses. Mencari kebahagiaan bukan bermakna kita ada masalah tetapi bagaimana cara kita menangani masalah. Jika isteri merajuk, suami kena pujuk. kalau suami merajuk, isteri jadi tukang pujuknya. Suani isteri umpama tangan kanan dan kiri.Kalau kita tengok isteri Firaun, meskipun dikurniakan suami yang kejam dan ganas tetapi dia memilih untuk terus hidup bersama Firaun meski pun dia punya peluang meminta cerai. Tetapi dia berkeyakinan bahawa suatu hari nanti Allah akan membalasnya dengan syurga. Kalau kita sentiasa memperoleh kebaikan dan kebahagiaan, kita mungkin tidak bersyukur kepada Allah tetapi bila diuji, itu bermakna Allah sedang menguji setinggi mana graf kesabaran kita dan redha dengan apa terjadi. Anak-anak juga boleh menjadi pengikat kasih kala suami isteri bergaduh. Jangan jadi orang yang semakin jahil. Kalau suami tidak  beratkan iman, isteri pula t...

Nasi Kangkang atau Nasi Tangas....

Image
Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun. Filem perempuan, isteri dan... lakonan  Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan aksi isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya? Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diket...

Kena Ragut dan Orang Sekeliling Tengok jer?

Image
Seorang wanita sedang menunggu teksi dan seorang lelaki memerhati.. Wanita tadi sedang diragut oleh lelaki yg memerhatikannya bersama rakannya Mereka meragut wanita itu tanpa belas kasihan Selepas mendapat apa yang mereka mahukan dan melarikan diri.. dan mereka semua?.. hanya memerhati macam tengok orang berlakon. kata chantek : BULLSHIT! dimana sifat kemanusiaan mereka nih?

BOBOI Super Senior Malaysia

Image
Jom Layan Persembahan Kumpulan BOBOI dalam Maharaja Lawak Mega Memang Lawak dan kreatif Terbaikkkkkk -SUPER SENIOR-

Kisahnya : Papa Tolong Cari Menantu...

Image
Sedang kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kerja. Tiba-tiba ayish bersuara.. Ayish :   Mama, ayish dah ada idea. Nanti  mama lahirkan adik baru yang perempuan pulak. Bila adik dah besar , ayish boleh kawin dengan adik.  Mama:  (Dengan mata bulat dan terperanjat menjawab ) Haiisshhh, mana boleh macam tu. Haram, berdosa tau.. Kenapa ayish cakap macam tu? Siapa yang ajar? Ayish :  Tak de siapa yang ajar, tapi ayish ni nanti malas nak cari isteri. Susah sangat nak cari orang perempuan. Sebab tu lah ayish nak kawin dengan adik je. Tak payah nak cari orang lain dah. Mama: Amboii, senangnya ayish ni. Mana boleh kawin dengan adik sendiri. Jangan cakap macam tu dah. . Papa : Yang ayish ni sibuk bercakap pasal kawin ni kenapa. Belajar dulu rajin-rajin.. Kerja bagus-bagus, lepas tu baru fikir pasal kawin.. Ayish :  Yerlah, ayish ni kata bila ayish dah besar... Papa :  Ayish tak payah risau. Nanti isteri ayish biar papa yang carikan. Ay...

Aku M.A.A.F.K.A.N Kamu

Image
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak Atur sepuluh daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta diisolasi dari dalil busuk jahil Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan Gagal dikesan Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam   Ini bukan lagu rindu ini madah dendam Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia Ku dihukum masuk neraka...