Posts

Walau Jarang Berjumpa, Namun Kami Sangat Sayang Kalian Berdua.

Image
Baru-baru ni chantek sekeluarga berpeluang berbuka puasa di rumah nenek sebelah abah. Walaupun sampai di sana agak lewat, namun memang best sekali sekala berkumpul beramai-ramai. Memang meriah. Tengoklah aksi gembira mereka. Moyang tengah menjampi cicit-cicitnya yang tak berhenti melompat Si kecik Durani pulak nak join jd pembantu moyang. Yang sorang tu cicit moyang jugak. Anak Pakngah Azrul. Tapi masih malu2 kucing Moyang dikelilingi cicit-cicitnya. Semua nak kene jampi. hehehehe Tengoklah, ghafur stanby je, tunggu turn dia pulak. Abg Farish malu-malu lepas kene jampi.. huhuhu Durani dan Ghafur mmg x leh duk dekat.. Arjuna dan umi cuma memerhati dari atas tangga. Arjuna gelak besar tengok aksi putera-putera kene jampi. Hohoho Ini toknyang yang baru nak amik tempat untuk menjampi cicit-cicitnya. hehehehe Itu dia.... eaensoon matekajisemarinsoon.. hahaha Ghafur dah ready bukak baju... lawak..lawak... ...

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELANGGAN LITNESS

ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 MALAYSIA.. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SEMUA PENERANGAN TENTANG PRODUK LITNESS TELAH DIPINDAHKAN KE BLOG KEDAI SI CHANTEK YANG DIKENDALIKAN OLEH CHANTEK JUGAK. TAPI DISANA LEBIH KEPADA PERNIAGAAN. JADI TIDAK SESUAI UNTUK DICAMPUR ADUK DENGAN BLOG PERIBADI.  SEKIAN TERIMA KASIH. APA LAGI? JOM LAH SINGGAH... KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK   KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK KEDAI SI CHANTEK :)  

Formula mengelakkan DITIPU di INTERNET - NO SCAM!

Image
Pagi tadi di KLfm saya kongsikan cara mengelakkan dari TERTIPU di INTERNET. Mudahan anda dapat 'Share' di Facebook anda supaya ramai lagi kawan-kawan kita di Internet tidak TERTIPU dengan skim-skim yang ada di Internet.... ;) - ik Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita... Contoh: meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!) membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan) tertipu pada sesuatu SCAM Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!                  ...

FOLLOWERS DIKEHENDAKI !

Image
CABARAN UNTUK MENDAPATKAN SEKURANG-KURANGNYA 50 FOLLOWERS DALAM MASA SEBULAN. PLEASE FOLLOW MY BLOG.. I WILL FOLLOW U :) BANTU CHANTEK DALAM CABARAN INI. THANK YOU FOLLOWER .

Rahsia Di Dalam AIS

Image
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan b...

Apa Itu Urutan Refleksologi?

Image
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan pe...

Kelebihan Solat Subuh

Image
Ganjaran Pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagimana sabda Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :  " Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid -masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna do Akhirat kelak."  (Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmidzi) Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam. Rasulullah S.A.W mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim apabila dibiarkan begitu sahaja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh atau Subuh Gajah iaitu kerjakan solat Subuh tidak pada waktu yang betul. Oleh itu Baginda S.A.W telah mengkhususkan solat Subuh dengan kelebihan yang tidak ada pada solat -solat yang lain. Antaranya ialah : Rasulullah S.A.W...