"Pemberian Material Belum Mampu Tambat Kasih " Setiap kali tiba tarikh penting, kita akan sibuk mencari sesuatu untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Ulangtahun perkahwinan, birthday atau apa sahaja yang ingin disambut akan diraikan dengan hadiah. Dengan harapan pemberian itu akan membuatkan si dia tersenyum. namun sedarkah kita bahawa senyuman yang tersayang itu tidak khusus untuk tarikh tertentu. Ciptalah senyuman itu di setiap saat dengan memberikan 8 hadiah ini : 1. Kehadiran Kehadiran insan yang dikasihi adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Memang kita boleh hadir dengan menghantar surat, e-mail, facebook, telefon, gambar dan banyak lagi, namun dengan berada di samping mereka kita akan dapat berbagi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh. Oleh itu jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan. 2. Mendengar Sedikit orang yang mampu berikan hadiah seperti ini, kerana kebanyakan kita lebih suka dirinya didengari berbanding dia mendengar. K...