Posts
Tanda-tanda Lailatul Qadar
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum. semua pembaca yang disayangi. Sekejap je dah di pertengahan Ramadhan. Maka semua perlu menambah usaha dalam ibadat. Semoga kita semua dapat bertemu malam Lailatul qadar. Saya tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut tentang Lailatul Qadar. Tapi jom kita baca apa tanda-tanda Lailatul Qadar yang saya copy dari blog Detik Islam . '' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis). Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabidkan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu. Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih kera...
Darjat Seorang Ibu
- Get link
- X
- Other Apps
Seorang lelaki muda tidak ingin menziarahi ibunya yang sakit kerana sangat marah pada ibunya. Ini kerana ibunya tidak pernah buat baik padanya dan kerana ibunya pernah melakukan kesalahan pada ayahnya. Saya pujuk dan katakan padanya, "saya tidak tahu pada hari ini jalan yang lebih cepat dan mudah untuk masuk syurga dan mendapat redha Alaah lebih dari bebuat baik pada ibu". Dia kata, "macamana saya nak berbuat baik pada ibu sedangkan dia tidak buat baik pada saya. Saya kata " sebenarnya sebab itu Islam tidak hidup pada hari ini seperti zaman nabi saw dan sahabah rhum. Kita sangka kebaikan, bila orang buat baik pada kita. Maka kita balas kebaikan itu, tanpa agama pun manusia boleh buat. Binatang pun ada sifat begitu. Sebenarnya kebaikan dalam Islam yang dibawa oleh Nabi saw ialah buat baik pada orang yang buat jahat pada kita. Doakan kebaikan pada orang yang maki hamun kita. Senyum pada orang yang masam muka dengan kita. Ziarah orang yang tidak mahu kita menziarahi m...
SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH?, SOLAT SUNAT DHUHA? SOLAT SUNAT WITIR?. Betul ke ni?
- Get link
- X
- Other Apps
Asslamualaikum... semua! Amboihh, propa betul kan tajuk entry kali nih. Jangan salah Faham ok. Saje nak gempak skit. Erm.. Apa lagi yang nak saya kata. Nikmat yang saya dapat dari istiqamah SOLAT DHUHA ni. Ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak melakukannya. Rugi sangat. Macam ceramah kanak-kanak dalam facebook tu cakap " Pandai menyanyai tak pandai baca Al Quran, RUGIIIII. Pandai membaca Al Quran tapi tak nak membaca Al Quran, RUGIIII, RUGIII, RUGIIIII.".. haaa, gitu. Tersenyum-senyum anak teruna saya bila saya tunjuk video tu kat dia. Berkali-kali di ulang tengok. Saya biarkan je. Biar dia terasa skit. heheh Berbalik kepada solat Dhuha tadi. Sebenarnya saya bukanlah bagus sangat. Alim sangat pun tak lah. malah saya seorang insan yang biasa-biasa sahaja. Tidak bertudung labuh (inshaallah suatu hari nanti) tidak pula berjubah sepanjang masa. Cukup menutup aurat mengikut syarak.Tapi saya rasa saya sangat bertuah kerana Allah membuka pintu hati saya untuk sabar dan i...
Tips Menggalakkan Anak Rajin Belajar
- Get link
- X
- Other Apps
SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar? Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran. Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka. Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soala...
Jangan Lepaskan Malam Lailatulqadar
- Get link
- X
- Other Apps
Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih llagi pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannnya. Ramadhan , al-quran dan malam al- Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw. Malam Lailatulqadar Disembunyikan Ulama Syekh Dr Yusof Al Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah saw bersabda: "Cari malam lailatulqadar di malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperole...
Adakah itu Malam Lailatul Qadar
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum... pejam celik pejam celik, hari ni dah hari 10 terakhir Ramadhan. Apa yang anda rasa?.. Saya sedih pulak, Manalah tau ini Ramadhan terakhir kita. Cukupkah amalan yang saya lakukan.Sempurna kah ibadah kita?.. Ruginya kalau segala ibadah yang dilakukan hanya sia-sia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah. Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu,...
ANAK MUMAYYIZ MASIH TIDUR DENGAN IBU BAPA?.. APA HUKUMNYA?
- Get link
- X
- Other Apps
Kebetulan membelek-belek sana sini, terjumpa soal jawab ini. Jom kita kongsi bersama! ANAK 8 TAHUN MASIH TIDUR BERSAMA IBU DAN BAPA Soalan : Assalamualaikum.. saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu saya tidak pasti kesahihannya. Jawapan : Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana khuatiri berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam Al-Quran berfirman (bermaksud ) :- "Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu ) pada tiga masa ; masa sebelum subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berl...
Bertadarus Pada Bulan Ramadhan
- Get link
- X
- Other Apps
Tadarus Al-Quran bermaksud membaca Al-Quran dihadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan. Amalan Tadarus ialah satu daripada ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW pada bulan puasa. Adab Bertadarus Tiada cara seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al- Quran. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :- Membaca al-quran secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan yang kecil. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga. Sedikit ulasan tentang Tadarus yang saya copy dari Blog Ilmu dan ulamak . Semoga dapat menambah ilmu kita semua. PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN Soalan; Ustaz, ada...
Susahnya ISTIQAMAH solat sunat DHUHA !
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah, baru dapat peluang untuk update blog. Kesuntukan masa dengan tugasan harian.Topik hari ni masih lagi tentang Solat Dhuha. Eh.. mesti pelik kan? Ada apa dengan solat Dhuha ni?.. hehehe. Banyak sangat kebaikannya. Kepada sesiapa yang kurang jelas, di link Solat Dhuha dan Fadhilatnya ni ade sedikit penerangan ringkas. Harap mendapat manfaat. Kenapa ye saya suka sangat dengan topik ni.. Sebenarnya saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Sangat gembira dengan perubahan yang berlaku. Bukti kebesaran Allah. Indah sangat. Siapa yang selalu lakukan solat sunat?.. Pernah tak dengar orang cakap " Kalau tak tahu buat keputusan, Buat la solat istikharah".. Tapi sejujurnya dulu saya pernah lakukan solat sunat ini. tapi dah lupa atas sebab apa. Sebab masa tu tak faham apa yang kita nak buat. Lagipun bimbang pulak kalau buat nanti, keputusannya bertentangan dengan kehendak kita. Ermm.. Jahil sungguh saya. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya saya belajar dari kesilapan. B...
SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum pembaca semua. Lama jugak tak update entry kat blog ni. Kali ini saya menulis dengan rasa rendah diri. Dengan rasa syukur kepada Allah. Kerana apa?, sekejap lagi saya akan berkongsi dengan semua. dan saya berharap agar semua yang membacanya dapat menilai dengan positif. In shaa allah. Saya mulakan dengan gambar di atas. Ringkas dan padat. Saya percaya semua orang Islam tahu apakah fadhilat solat sunat Dhuha ini. Bagi yang kurang mengetahui, secara ringkasnya solat sunat Dhuha ini fadhilatnya seperti berikut :- Bila di baca dari ayat diatas, mesti semua tahu bahawa solat sunat Dhuha ini dilakukan untuk memohon agar dimurahkan rezeki. Tapi hakikat yang sebenarnya, berapa ramai di kalangan kita yang percaya dengan solat sunat ini. Saya tak nak bercakap tentang orang lain. Saya memang rasa begitu. Tahu solat sunat itu untuk mohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tapi tidak yakin dengan apa yang diharapkan. Subhanallah, jahilnya saya. Saya tidak perca...
Nak buat HERBALIFE for starter? Please read
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillah Knape topik ni timbul? Oke dgr sini baik2. Ramai yang tanye aku cane nak buat business ni , minat ngan business, cne nak dpt income, esp student cm aku ni. Kelas nak penuh je. Sem ni penuh weehhh...tp takpe. Business ttp no 1 di minda aku. Ramai yg bertanya, nak income mcm aku, atau lebih dari aku. So maksudnye kne ikut ckp aku , sebab THERE IS NO WAY AKU AKAN AJAR SESUATU YG HANCURKAN HIDUP KAU. NO WAY. Ape2 ajaran aku, pasti benda yang telah membuatkan aku sampai ke tahap ni. So if aku share utk buat sesuatu, lakukanlah supaya cepat2 dpt income RM10 000. Atau lebih. Nak tak? Taknak takpe...aku tak kesah. Tapi yang nak ni, kne jd good student. Kalau korang serius nak EARN EXTRA INCOME, mulakan dengan attend SPECTACULAR 2011! Speaker2 yg dah berjaya! Knape kene g event ni? Event ni telah mengubah business kitorg. So kenape pulak bile org nak buat business kami tak galakkan giler2 utk ...